Powered By Blogger

Saturday, November 27, 2010

Pengenalan Isipadu Cecair

Pengenalan

Isipadu cecair adalah salah satu topik yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya di sekolah rendah. Definisi isipadu cecair ialah jumlah air yang memenuhi dalam satu bekas atau pelbagai bekas yang berbeza. Ini bermakna ada bekas atau botol yang berbeza bentuk tetapi mempunyai isipadu cecair yang sama. Contohnya botol-botol minuman yang terdapat di kedai atau di pasaraya mempunyai bentuk-bentuk yang berbeza tetapi ia mempunyai isipadu yang sama. Maka inilah keunikkan yang akan kita pelajari dalam topik isipadu khususnya di tahun dua.
Perkara pertama yang perlu diketahui dalam topik isipadu ini ialah mengetahui apa yang anda sukat. Walaupun nampak mudah, tetapi bagi kanak-kanak ia akan mengalami kesukaran. Oleh itu guru mesti memahami dahulu mengenai maksud dan beberapa aspek yang penting tentang isipadu cecair sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Ramai kanak-kanak akan keliru dalam membuat perbandingan dalam bentuk jumlah kapasiti sesuatu bekas iaitu bekas yang mana lebih banyak air, sama ada bekas yang tinggi ataupun yang rendah. Biasanya kanak-kanak akan menyatakan bekas yang tinggi itu mempunyai air yang banyak berbanding bekas yang rendah. Padahal kuantiti atau kapasiti isipadu air dalam kedua-dua bekas adalah sama. Inilah masalah yang mesti diperbaiki oleh guru-guru. Jika tidak, salah konsep mengenai kapasiti akan berlaku di kalangan kanak-kanak.
Dalam topik isipadu cecair ini, perkara yang paling penting ialah memperkenalkan pengukuran cecair kepada kanak-kanak melalui unit-unit bukan piawai. Contohnya mengukur air menggunakan cawan, gelas, botol minuman dan sebagainya. Ini adalah kerana bahan-bahan untuk unit-unit bukan paiawai amat mudah diperolehi, lebih mudah digunakan dan ianya berkait rapat dengan pengalaman dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment