Powered By Blogger

Saturday, November 27, 2010

Aktiviti Pengajaran Untuk Pelajar Tahun 2

Aktiviti 1 : Untuk pelajar tahap tinggi.

Hasil Pembelajaran:           Murid-murid dapat menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai dengan bantuan guru.
Bahan-bahan          :          1 set (1 bekas minuman, 1 jug, 1 botol minuman, dan 1 balang plastik).
Langkah-langkah   :
1)      Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan, iaitu 1 kumpulan mewakili 6 orang.
2)      Seorang dilantik sebagai pencatat bagi setiap kumpulan.
3)      Setiap kumpulan diberikan satu set bekas.
4)      Guru meminta murid mengisi air dengan menggunakan bekas minuman ke dalam jug, botol minuman dan balang plastik.
     
     5)      Guru meminta setiap kumpulan merekod berapa banyak bekas minuman yang diperlukan untuk   memenuhi jug, botol minuman dan balang plastik.

Contoh jadual :
Bil
Bekas
Jumlah bekas plastik
kapasiti
1.
Jug
3
kecil
2.
Botol minuman
4
sederhana
3.
Balang plastik
10
Besar

6)      Guru meminta mereka menyusun mengikut jumlah kapasiti secara menurun dari paling besar kepada paling kecil.
7)      wakil kumpulan mempamerkan hasil aktiviti mereka di papan hitam.
8)      Guru bersama dengan murid menyemak hasil aktiviti tersebut.

 
Aktiviti 2: Untuk pelajar tahap rendah.

Hasil Pembelajaran:     Murid-murid dapat mengenal konsep isipadu cecair iaitu penuh, separuh      penuh, lebih daripada separuh penuh, dan kurang dari separuh penuh dengan bantuan guru.
Bahan-bahan          :     bekas minuman, gelas, jug, botol minuman dan balang plastik .
Langkah-langkah   :   
1)      Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan mengandungi enam orang pelajar.
2)      Setiap kumpulan akan mendapat 1 set bekas.
3)      Guru meminta penuhkan air ke dalam bekas minuman.
4)      Guru meminta murid tuangkan air tersebut ke dalam gelas, fikirkan isipadu air itu : 
Penuh
Separuh penuh
Lebih dari separuh penuh
Kurang dari separuh penuh
                                   
5)      Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.
6)    Kemudian Guru meminta murid ulang semula langkah 3 dan 4 dengan menggunakan jug, botol minuman dan balang plastik.






No comments:

Post a Comment