Isipadu Cecair Tahun 2
Saturday, November 27, 2010
Rujukan
Murugiah s/o Velayutham, Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two, Kuala Lumpur:
Open University Malaysia (OUM).
Open University Malaysia (OUM).
Sharipah Ab. Rahman, Nor Hawan Misran, Rubaidah Ismail & Murugiah Velayutham (2006). HBMT1103 Introduction to Mathemathics Education, Kuala Lumpur:
Open University Malaysia (OUM).
Open University Malaysia (OUM).
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Integrated Curriculum for Primary Schools: Mathematics Year 2, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lee Tak Sing, Lean Kee Fong, Azizah Bt Haji Tengah (2003). Mathematics Year 2: Textbook Part 2, Kuala Lumpur: Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.
Sktepus (2008). Topic-9 Volume of liquid.[online]. Avalaible : http://sktepus.zoom-a.com/img/T-L_Topic-9_Volume-of-Liquid_.pdf [2010.Nov.4]
Mohd Zubil Bahak FKM (2002). Takrif Cecair .[online]. Avalaible : http://www.fkm.utm.my/~mzubil/Modul/Pelajaran%201.pdf [2010.Aug.10]
Penutup
Kesimpulan daripada aktiviti yang saya jalankan di dalam kelas, saya mendapati topik isipadu cecair ini adalah salah satu topik yang menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar khususnya pelajar di tahun 2 di Sk Pontian, Rompin, Pahang. Dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang digunakan, ditambah pula dengan aktiviti yang sesuai mengikut tahap pelajar, pelajar akan mudah memahami apa yang diajar oleh guru. Ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.
Aktiviti Pengajaran Untuk Pelajar Tahun 2
Aktiviti 1 : Untuk pelajar tahap tinggi.
Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai dengan bantuan guru.
Bahan-bahan : 1 set (1 bekas minuman, 1 jug, 1 botol minuman, dan 1 balang plastik).
Langkah-langkah :
1) Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan, iaitu 1 kumpulan mewakili 6 orang.
2) Seorang dilantik sebagai pencatat bagi setiap kumpulan.
3) Setiap kumpulan diberikan satu set bekas.
4) Guru meminta murid mengisi air dengan menggunakan bekas minuman ke dalam jug, botol minuman dan balang plastik.
5) Guru meminta setiap kumpulan merekod berapa banyak bekas minuman yang diperlukan untuk memenuhi jug, botol minuman dan balang plastik.
Contoh jadual :
Bil | Bekas | Jumlah bekas plastik | kapasiti |
1. | Jug | 3 | kecil |
2. | Botol minuman | 4 | sederhana |
3. | Balang plastik | 10 | Besar |
6) Guru meminta mereka menyusun mengikut jumlah kapasiti secara menurun dari paling besar kepada paling kecil.
7) wakil kumpulan mempamerkan hasil aktiviti mereka di papan hitam.
8) Guru bersama dengan murid menyemak hasil aktiviti tersebut.
Aktiviti 2: Untuk pelajar tahap rendah.
Hasil Pembelajaran: Murid-murid dapat mengenal konsep isipadu cecair iaitu penuh, separuh penuh, lebih daripada separuh penuh, dan kurang dari separuh penuh dengan bantuan guru.
Bahan-bahan : bekas minuman, gelas, jug, botol minuman dan balang plastik .
Langkah-langkah :
1) Bahagikan kelas kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan mengandungi enam orang pelajar.
2) Setiap kumpulan akan mendapat 1 set bekas.
3) Guru meminta penuhkan air ke dalam bekas minuman.
4) Guru meminta murid tuangkan air tersebut ke dalam gelas, fikirkan isipadu air itu :
Penuh | Separuh penuh | Lebih dari separuh penuh | Kurang dari separuh penuh |
5) Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.
6) Kemudian Guru meminta murid ulang semula langkah 3 dan 4 dengan menggunakan jug, botol minuman dan balang plastik.
Video berkaitan Isipadu Cecair
Video 1
Video yang pertama ini menunjukkan tentang pengenalan pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan salah satu unit piawai iaitu mililiter (ml) dengan beberapa bikar dan silinder penyukat yang berlainan bentuk dan saiz. Pada permulaan video, menunjukkan kandungan air dalam sebuah bikar berkapasiti 50ml. Kemudian dia menuangkan air dalam bikar itu kedalam beberapa bikar dan silinder penyukat yang berlainan saiz dan bentuk tetapi kandungan isipadu air itu tetap tidak berubah. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa bentuk dan saiz bikar dan silinder penyukat tidak dapat merubah kapasiti dan kandungan air yang telah diisi atau ditetapkan. Video ini sesuai untuk dipaparkan kepada murid-murid pada awal penerangan konsep isipadu cecair.
Video 2
Video yang kedua ini pula telah menunjukkan tentang pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai iaitu mililiter (ml) dengan menggunakan silinder penyukat. Pada permulaan video, ada sedikit nyanyian berkenaan dengan pengukuran isipadu cecair dan juga dipaparkan kacang, silinder penyukat, dan kepala paip. Kepala paip ingin mengisi air sebanyak 600ml ke dalam silinder penyukat itu dan meminta kacang untuk mengira jumlah air yang dituang sehinggalah sampai pada 600ml. Ini menunjukkan dengan jelas berkenaan tentang pengukuran isipadu cecair. Video ini juga sesuai untuk pelajar tahun dua berkenaan topik pengukuran isipadu cecair.
Pengenalan Isipadu Cecair
Pengenalan
Isipadu cecair adalah salah satu topik yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya di sekolah rendah. Definisi isipadu cecair ialah jumlah air yang memenuhi dalam satu bekas atau pelbagai bekas yang berbeza. Ini bermakna ada bekas atau botol yang berbeza bentuk tetapi mempunyai isipadu cecair yang sama. Contohnya botol-botol minuman yang terdapat di kedai atau di pasaraya mempunyai bentuk-bentuk yang berbeza tetapi ia mempunyai isipadu yang sama. Maka inilah keunikkan yang akan kita pelajari dalam topik isipadu khususnya di tahun dua.
Perkara pertama yang perlu diketahui dalam topik isipadu ini ialah mengetahui apa yang anda sukat. Walaupun nampak mudah, tetapi bagi kanak-kanak ia akan mengalami kesukaran. Oleh itu guru mesti memahami dahulu mengenai maksud dan beberapa aspek yang penting tentang isipadu cecair sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Ramai kanak-kanak akan keliru dalam membuat perbandingan dalam bentuk jumlah kapasiti sesuatu bekas iaitu bekas yang mana lebih banyak air, sama ada bekas yang tinggi ataupun yang rendah. Biasanya kanak-kanak akan menyatakan bekas yang tinggi itu mempunyai air yang banyak berbanding bekas yang rendah. Padahal kuantiti atau kapasiti isipadu air dalam kedua-dua bekas adalah sama. Inilah masalah yang mesti diperbaiki oleh guru-guru. Jika tidak, salah konsep mengenai kapasiti akan berlaku di kalangan kanak-kanak.
Dalam topik isipadu cecair ini, perkara yang paling penting ialah memperkenalkan pengukuran cecair kepada kanak-kanak melalui unit-unit bukan piawai. Contohnya mengukur air menggunakan cawan, gelas, botol minuman dan sebagainya. Ini adalah kerana bahan-bahan untuk unit-unit bukan paiawai amat mudah diperolehi, lebih mudah digunakan dan ianya berkait rapat dengan pengalaman dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)